Assalamualaikum semua..
Sebenarnya saya letih hari ni, asyik berjalan je tapi takpelah.
Saya nk kongsi tentang teori penterjemahan ini.. Saya pun tak berapa tajuk ni.
Jadi, saya share je lah, mana tahu tiba2 ingat...hahahaha
Teori
terjemahan
Teori
terjemahan dikemukakan awal oleh Etienne Dolet (1509-1546) pada awal tahun
1540. Prinsip-prinsipnya adalah:
ü Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis
teks asal. Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa
penerima terjemahan itu.
ü Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan oleh
sebab perbuatan itu akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan
terjemahan itu tidak indah dibaca, walhal teks asalnya mungkin sangat sedap dan
mudah dibaca.
ü Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa
digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa
asalnya.
ü Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan
teks asal.
Dolet
juga menyatakan bahawa amat penting untuk seorang penterjemah mengetahui
semangat dan tujuan pengarang asal. Selain itu, beliau juga menyeru para
penterjemah supaya tidak melakukan kesilapan terjemahan harfiah. Kaedah yang
terbaik adalah dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian. Kaedah ini
amat sesuai terjemahan untuk pembacaan orang awam. Manakala menurut beliau
unsur stilistik penting hanya untuk terjemahan yang serius sahaja.
sekian...
No comments:
Post a Comment