Tuesday, June 11, 2019

SYARAT PENTERJEMAH


Assalamualaikum..
Menjadi seorang penterjemah merupakan cita-cita yang sangat tinggi. Sbb apa? Sebab ingin membantu orang lain yang tidak memahami bahasa tertentu. Jadi, mereka memerlukan penterjemah untuk membantu mereka segala hal.
Jika anda ingin menjadi seorang penterjemah yang berjaya , anda perlu memenuhi syarat - syarat yang akan diutarakan nanti .Semoga bermanfaat.

 Mengetahui bahasa sumber iaitu bahasa yang digunakan di dalam teks itu sendiri. Ia juga dikenali sebagai bahasa asal sebelum ia diterjemahkan. Jika kita tidak dapat mendalami bahasa sumber dengan baik, mustahil kita dapat memahami teks dengan baik seterusnya menyampaikan teks tersebut kepada sasaran.

 Mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa yang ingin diterjemakan. Contohnya, sekiranya kita hendak terjemahkan teks bahasa arab kepada teks melayu, bahasa melayu itulah yang menjadi bahasa sasaran.

 Mengetahui perkara yang akan diterjemahkan itu. Sebagai penterjemah yang baik, perkara ini amat penting bagi menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Selain itu ia juga penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan teks-teks sastera.


 Mengetahui teori terjemahan dalam proses menterjemah .Ia perlulah mengikut teorinya yang tersendiri.Hal ini kerana, ia bukan sahaja proses memindahkan perkataan, tapi ia merujuk kepada proses memindahkan ideologi, maklumat dan gayanya yang tersendiri yang ada kalanya perlu dikekalkan atau diubah.

Sekian. Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA