Tuesday, June 11, 2019

hukum menterjemah AL-QURAN



bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt.
InyaaAllah harini saya nak share ilmu berkaitan adakah hukum bagi menterjemah AL-QURAN ?

Jom baca bersama saya..

Menterjemahkan al-Qur’an secara harfiah (huruf demi huruf) menurut kebanyakan ulama merupakan hal yang mustahil mengingat penterjemahan semacam ini memerlukan beberapa persyaratan yang tidak mungkin dapat direalisasikan, iaitu:
1. Adanya mufradaat (sinonim) per-hurufnya antara bahasa penterjemah dan bahasa yang akan diterjemahkan.
2. Adanya tanda baca yang sama pada bahasa penterjemah terhadap tanda baca pada bahasa yang diterjemahkan atau paling tidak mirip
3. Di dalam susunan katanya harus ada kesamaan antara kedua bahasa baik dalam kalimat, sifat atau pun tambahan-tambahannya. Sebahagian ulama mengatakan bahawa menterjemahkan secara harfiah boleh terealisasi pada sebahagian ayat atau semisalnya akan tetapi sekali pun demikian ia tetap diharamkan sebab tidak mungkin berfungsi menjadi makna yang sempurna apalagi memiliki pengaruh terhadap jiwa sebagaimana pengaruh al-Qur’an dalam bahasa Arab yang begitu jelas. Kerana itu, tidak perlu menggunakan cara seperti ini kerana sudah cukup dengan penterjemahan secara maknanya saja.
Berdasarkan hal ini, maka sekali pun menurut perasaan penterjemahan secara harfiah dapat dimungkinkan pada sebahagian kata-kata akan tetapi menurut syari’at ia tetap dilarang, kecuali bila memang dapat menterjemahkan satu kata khusus dengan bahasa orang yang diajak bicara agar ia memahaminya dengan tanpa menterjemahkan semua susunannya, maka ketika itu tidak apa-apa.
Sedangkan hukum penterjemahan secara makna terhadap al-Qur’an pada dasarnya adalah dibolehkan kerana tidak ada larangannya, bahkan kadang-kadang boleh jadi wajib ketika ia merupakan satu-satunya sarana untuk menyampaikan al-Qur’an dan al-Islam kepada selain bangsa Arab, sebab menyampaikan hal itu adalah wajib hukumnya, maka sesuai kaedah, Maa laa yatimmul waajib illa bihii fa huwa waajib’ (suatu tindakan hukumnya wajib jika menjadi syarat terpenuhinya suatu kewajiban)
Akan tetapi agar hal itu dibolehkan, diperlukan beberapa syarat, iaitu:
Pertama, Bahawa terjemahan itu tidak boleh dijadikan sebagai pengganti al-Qur’an dengan cukup dengannya tanpa al-Qur’an. Berdasarkan hal ini, maka harus ditulis dulu teks al-Qur’an dalam bahasa Arabnya, kemudian di sampingnya teks terjemahan tersebut agar menjadi semacam tafsir terhadapnya.
Kedua, Hendaknya penterjemahnya adalah orang yang mengetahui betul arahan-arahan lafazh di dalam kedua bahasa tersebut dan hal-hal yang dituntut di dalam redaksinya.
Ketiga, Hendaknya penterjemahnya adalah orang yang mengetahui benar makna-makna lafazh-lafazh syari’at di dalam al-Qur’an.
Di dalam penterjemahan al-Qur’an al-Karim, hanya orang-orang yang amanah saja yang boleh diterima, iaitu seorang Muslim yang lurus di dalam diennya.

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA