BISMLLLLLAHHHš
Assalamualaikum n selamat kembali gaiz..... selamat kembali sahabat-sahabat pembaca sekalian Saya berharap agar kamu semua dalam keadaan sihat walafiat serta dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala... pada penulisan saya kali ini saya akan menceritakan ataupun mengulas tentang proses menterjemah... persoalan?? Bagaimanakah proses penterjemahan berlaku???... proses menterjemah berlaku melalui beberapa fasa daripada teks sumber seterusnya analisis seterusnya pemindahan kemudian struktur semula kemudian memeriksa seterusnya menyemak kemudian menyunting... Dan Akhir sekali teks sasaran... Apakah proses anlisis proses analisis berlaku dalam fikiran terjemah dalam kata lain Proses ini melibatkan pencarian makna..... seterusnya proses pemindahan Proses ini paling penting dalam proses penterjemahan kerana ia perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai sepadan dan sejati dengan teks bahasa sasaran... kemudian menstruktur semula teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran gaya bahasa yang digunakan hendaklah mudah dan senang untuk pembaca memahami ayat itu hendaklah jelas dan ringkas dan memerlukan tanda baca yang betul untuk digunakan... seterusnya proses memeriksa proses memeriksa boleh dilakukan sendiri proses memeriksa juga boleh dilakukan dengan membaca teks dengan suara lantang secara bersemuka dengan orang lain penterjemah juga boleh bersemuka dengan pakar dalam bidang terjemahan tersebut dan Untuk makluman kita semua tugas memeriksa adalah tugas yang sukar.... selepas memeriksa kita perlulah menyemak Siapakah penyemak yang akan menyemak terjemahan yang kita lakukan tugas pemeriksa dan penyemak kerapkali bertindan teks terjemahan dianggap sebuah teks yang berdiri sendiri kerana ianya adalah satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran..... langkah seterusnya ialah menyunting... menyunting bukan sebahagian daripada proses terjemah sebenarnya Tetapi ianya adalah sangat penting proses menyunting akan berlaku dan terus berlaku sehinggalah teks sasaran tidak lagi wujud perkara yang tidak penting... dalam proses ini teks disunting bagi membuang barang yang tidak perlu dan mewujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh orang ramai... kesimpulannya semua Proses yang berlaku perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan.... Sampai Disini dulu bertemu lagi kita insya-allah dalam penulisan yang seterusnya Semoga berjumpa lagi...
No comments:
Post a Comment