Pada hari ini, saya ingin mengulas tentang proses penterjemahan.
Pada pendapat saya,
pemilihan teks perlulah melalui proses membaca dan menganalisis teks supaya
sesuatu penterjemahan itu dapat dilakukan dengan betul dan jelas. Bidang yang
diberikan kepada penterjemah perlulah sesuai mengikut kefahamannya. Hal ini
dapat mengelakkan daripada berlakunya percanggahan fakta yang tidak betul. Pada
zaman sekarang ini, ramai orang di luar sana memerlukan kepada penterjemahan
ilmu yang sahih dan jelas. Proses pertama iaitu membaca perlu kepada penelitian
dan kefahaman yang mendalam. Kedua, memilih sesuatu teks itu untuk diterjemah
menggunakan panduan yang khusus seperti kamus. Kamus dapat membantu menterjemah
sesuatu ayat itu dengan mudah.
Selain itu, penterjemah boleh membina semula ayat menggunakan
perkataan atau teks yang sudah diterjemah itu. Hal ini kerana, ia dapat melatih
penterjemah supaya peka dan fokus terhadap sesuatu ayat dan menyusun ayat dengan baik dan teratur.
Kemudian, penterjemah perlu menyemak semula teks yang sudah diterjemah supaya
dapat mengelakkan kesalahan-kesalahan makna dalam menterjemah sesuatu teks atau
ayat di mana ia boleh mengubah sedikit makna tersebut. Penterjemah boleh berjumpa dengan pakar penterjemah yang mempunyai
pengalaman yang luas supaya mereka dapat membantu penterjemah untuk menterjemah
teks dengan baik. Akhir sekali, bukan mudah untuk menjadi seorang penterjemah
jika tidak kena pada caranya. Seseorang penterjemah itu perlu mempunyai usaha
yang gigih dan jujur dalam menterjemah sesuatu ilmu.
Sekian. Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment