Tuesday, June 11, 2019

Menterjemah Fungsi Ayat


NAMA : AHMAD RAZIN BIN ISHAK
NO. MATRIK : A168120
Menterjemah Fungsi Ayat
·         Teori Penting : Teori Fungsi Ayat
·         Ayat mempunyai 2 fungsi :
i) Bentuk
ii) Fungsi
·         Contoh ayat : Boleh ambilkan saya secawan teh ?
Bentuk : Ayat Tanya/Pertanyaan
Fungsi : Suruhan
·         Contoh ayat : Siapa kata saya penakut ?
Bentuk : Ayat Tanya/Pertanyaan
Fungsi : Cabaran

·         Terjemahan : Menyalin semula makna, bukan menyalin semula bentuk.
·         Salah satu kesilapan terjemahan : Penterjemah tidak menyedari bahawa bentuk ayat yang sama mungkin mempunyai fungsi dan makna yang sangat berbeza.
·         Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.
·         Sudut makna : Ayat terbahagi kepada 3 jenis ;
i) Ayat Maklumat (informatif)
ii) Ayat Perasaan (emotif)
iii) Ayat Arahan (imperatif)


Ayat Maklumat

v  Menterjemahkan ayat maklumat adalah yang paling mudah.
v  Paling banyak diterbitkan sama ada dalam bahasa lisan mahupun tulisan.
v  Fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat.
v  Tujuan ayat maklumat ialah untuk memberitahu sesuatu.
v  Ayat maklumat terdiri daripada :
1.      Ayat perisytiharan: makluman, pengumuman & pemberitahuan
2.      Ayat pernyataan
3.      Ayat takrifan: definisi, penjelasan & penerangan
4.      Ayat tegasan
5.      Ayat persetujuan: keizinan & sokongan
6.      Ayat nafian: bangkangan, bantahan & tentangan
7.      Ayat sangsian: keraguan & prasangka
8.      Ayat tanyaan: soalan
9.      Ayat nilaian: pendapat & cita rasa
10.  Ayat sudut pandangan
11.  Ayat syaratan
12.  Ayat cerita: pemerian
13.  Ayat janji: ikrar & sumpah

Ayat Arahan

v  Ada cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu suruhan ataupun perintah.
v  Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris (BI) bentuk ayat yang pada zahirnya kelihatan seperti pertanyaan mungkin membawa maksud suruhan, seperti pada ungkapan
“Can you open the door, John ?”. Ayat ini ialah ayat suruhan bukan ayat soalan.
v  Oleh itu, terjemahan yang betul ialah “Tolong bukakan pintu itu, John”. Bukannya
“Bolehkan awak buka pintu itu, John ?”.
v  Ayat arahan merupakan ayat jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia.
v  Terdapat dalam pelbagai jenis dokumen (dokumen undang-undang, teks sains, label pada kotak ubat, manual barangan pengguna hinggalah ke buku resipi dan sebagainya).



v  Ayat arahan terdiri daripada :
1.      Ayat perintah
2.      Ayat suruhan
3.      Ayat larangan: tegahan
4.      Ayat panduan
5.      Ayat amaran: ancaman
6.      Ayat undangan
7.      Ayat silaan
8.      Ayat ajakan
9.      Ayat gesaan
10.  Ayat tawaran
11.  Ayat peraturan

Ayat Perasaan

v  Dalam kajian makna, perasaan ialah sejenis makna.
v  Wajib disalin semula dalam terjemahan.
v  Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan.
v  Antara puncanya ialah setiap bahasa mempunyai pelbagai perkataan emotif sendiri.
v  Ayat ini menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang.
v  Ia tidak mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang lain melakukan sesuatu,
v  Ciri utama perasaan ialah nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
v  Ayat perasaan terdiri daripada :
1.      Ayat marah
2.      Ayat gembira
3.      Ayat sanjungan
4.      Ayat ejekan
5.      Ayat dukaan
6.      Ayat sindiran
7.      Ayat cacian
8.      Ayat kutukan
9.      Ayat cabaran
10.  Ayat kejutan
11.  Ayat sesalan
12.  Ayat sumpahan
13.  Ayat bujukan

v  Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana 2 faktor:
-          Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima. Sebagai contoh kita berasa sedih apabila diberitahu sahabat baik kita terlibat dalam kemalangan.
-          Akibat reaksi kita kepada cara bagaimana maklumat itu disampaikan. Sebagai contoh, orang yang menyampaikan berita itu sangat pandai bercakap sehingga kita menjadi sangat sedih.
v  Sesetengah perkataan menimbulkan reaksi yang tertentu. Sebagai contoh, ungkapan My mother is a strong woman mungkin diterjemahkan menjadi 5 bentuk:
-          Ibuku kuat.
-          Ibuku perempuan yang gagah.
-          Emak saya wanita yang kuat.
-          Ibu saya perempuan yang kuat.
-          Ibu saya teguh pendiriannya.
-          Mak saya gagah.



No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA