Tuesday, June 11, 2019

dewan bahasa dan pustaka


Assalamualaikum wbt..

Hah.. Siapa tahu gambar apa di atas tu? Mesti pernah tengok kan.. So, kali ini saya nak tunjukkan inilah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP ini terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

Orait, apa itu Dewan Bahasa dan Pustaka?
bersesuaian dengan kajian yang saya lakukan haritu, saya akan terangkangkanlah apa itu DBP.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 bagi menggerakkan dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi, memperkembangkan bakat sastera khususnya dalam bahasa kebangsaan, untuk mencetak dan menerbitkan serta membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusateraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain, untuk membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan, dan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul agar ia dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

setakat ini sahaja perkongsian saya berkenaan DBP.. moga perkongsian ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kita.. SEE U AGAIN

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA