Assalamualaikum
antum semua..
Saya
ingin berkongsi maklumat tentang alat bantu terjemahan.. saya harap dapat
membantu kamu semua dalam memahami topic ni..
Jenis-Jenis
kamus ( Alat Bantu Menterjemah )
Jika
kita nak menterjemahkan sesuatu ayat
yang belum kita ketahui tentu kita akan memerlukan alat bantu,,???
mesti
semua dah kan yang KAMUS merupakan salah satu alat bantu penterjemahan..kan2?Betul
tak?
Jom kita teroka kamus-kamus ni
Kamus
ialah Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk
membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan asal.
Antaranya
ialah:
KAMUS
EKA BAHASA
Kamus
Eka Bahasa ialah kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja kata-kata
entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama.takrifan makna dibuat
berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat. Penyusunan dibuat
berasaslan pembuktian data korpus.
contoh
kamus Eka Bahasa ialah seperti: Kamus Dewan, Qamus al-wasit dll.
KAMUS
DWI BAHASA
Kamus
Dwi Bahasa ialah Kamus yang menggunakan dua bahasa kata masukan diberi padanan
atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain.
contohya: Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, Kamus al-Marbawi kamus Indonesia- Arab
Arab-Indonesia
dll.
KAMUS
ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA
Kamus
jenis ini sekurang-kurangnya akan menggunakan tiga bahasa dalam menterjemah
contoh:
kamus Melayu-Cina -Inggeris, Melayu-Arab-Inggeris dll.
itulah
diantara jenis-jenis kamus yang boleh kita guna dalam menterjemah...
Tahu
tak kenapa kamus amat diperlukan dalam menterjemah??
kerana Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang
tidak diketahui dan Ada kalanya, penterjemah tidak dapat mencari padanan makna
sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus. Kamus
amat diperlukan oleh semua penterjemah, baik yang profesional mahupun yang
amatur kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna ketika penterjemah
tidak mengetahui padanan terjemah yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks
sumber, baik perkataan yang menyangkut
linguistik atau budaya.
Sekian...
Terima
Kasih
Semoga
Bermanfaat...
No comments:
Post a Comment