Tuesday, June 11, 2019

LARAS BAHASA


Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya akan berkongsi tentang laras bahasa .Bagi saya topik ini amat menarik sbb kita dapat mengetahui banyak intonasi dan gaya bahasa untuk disampaikan kepada pembaca. Ayuh kita teroka.....hahahaha

Laras bahasa merupakan ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa sama ada secara lisan atau tulisan. Laras bahasa akan sentiasa berubah-ubah mengikut fungsi dan keadaan setiap laras yang  menitikberatkan pilihan kata atau istilah menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.
Laras bahasa terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah ;

Laras bahasa biasa
·         Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu
·         Struktur ayat yang mudah, ringkas
·         Laras bahasa biasa  = formal & tak formal 
Laras perniagaan
·         Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan
Laras bahasa sains
·         Bersifat saintifik, intelektual, formal
·         Mementingkan ketepatan fakta
Laras bahasa media massa
·         Tidak mementingkan gaya atau nahu
·         Menggunakan bahasa yang mudah, jelas, ringkas, tepat dan padat
Laras bahasa rencana
·         Bersifat umum, mudah difahami
·         Bersifat melaporkan sesuatu kepada pembaca
Laras bahasa  undang-undang
·         Mempunyai ciri-ciri kelainan tersendiri iaitu tidak mempunyai gambar, jadual atau simbol dan sebagainya.
·         Struktur ayat terdiri daripada prinsip-prinsip undang yang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang.
·         Tidak  mementingkan struktur ayat tetapi mementingkan kepersisan dan kejelasan, bersifat objektif, terperinci,, tepat dan padat.
Laras bahasa agama
·         Membincangkan isu agama.
·        Menggunakan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa    arab. Contohnya al-jannah yang bermaksud sebuah taman      yang indah.
Laras bahasa sukan
·         Maklumat berkaitan sukan
·         Bahasa ringkas dan bersahaja
Laras bahasa sastera
·         Kreatif dan imaginatif
·         Mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
Laras bahasa ekonomi
·         Berbentuk ilmiah
·         Bersifat formal
·         Setiap fakta yang disampaikan berdasarkan bukti
Laras bahasa akademik
·         Digunakan dalam bidang ilmiah, bersifat formal

Setiap laras bahasa di atas menggunakan gaya bahasa yang berlainan dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, setiap situasi kita perlu menggunakan intonasi dan laras bahasa yang sesuai bagi memudahkan pemahaman orang lain.

tak kan lah kita nak buat kelakar waktu masa orang kemalangan...tak pasal2 kita cari gaduh. kan? btul x?

Sekian..

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA