NAMA : AHMAD RAZIN BIN ISHAK
NO. MATRIK : A168120
KELAYAKAN PENTERJEMAH
Sebelum menjadi
seorang penterjemah, seseorang itu mestilah mengetahui syarat dan kelayakan
yang perlu ada dalam diri seorang penterjemah seterusnya menjadikan individu
tersebut sebagai seorang penterjemah yang baik. Masih ada yang beranggapan
bahawa jika seseorang itu menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan
baik, ia sudah boleh menjadi seorang penterjemah yang baik. Tanggapan ini tidak
benar sama sekali kerana penterjemah bukan hanya sekadar mengalihbahasakan
karya dari bahasa sumber ke bahasa sasaran tetapi ia juga mestilah memahami
situasi dan konteks karya yang diterjemahkan olehnya.
Berikut
merupakan antara syarat-syarat utama menjadi penterjemah :
·
Mengetahui bahasa sumber
·
Mengetahui bahasa sasaran
·
Mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemahkan
·
Mengetahui teori terjemahan
·
Mengetahui sasaran atau khalayak pembaca
Selain itu,
antara syarat-syarat tambahan ialah :
v Mempunyai
fikiran yang terbuka
v Mempunyai daya
ingatan yang baik
v Mempunyai minat
yang mendalam
v Boleh bekerja
sendiri
v Tidak malu
bertanya
v Jujur dan
amanah
v Pengalaman
-
Pengalaman merupakan aset yang bernilai dan ia tidak akan datang
bergolek.
-
Ia juga diperoleh daripada ilmu & latihan penterjemahan yang
berpanjangan
-
Boleh memanfaatkan pengalaman orang lain di samping mencari
pengalaman sendiri
-
Perlu memulakan langkah untuk mencari arah tujuannya sendiri
-
Perlu tahu bilakah pengetahuannya sudah mencukupi
-
Bila dia perlu mendapat khidmat nasihat dan pandangan orang lain
serta mendapat sokongan dan dorongan dari yang pakar dalm bidang terjemahan
-
Bila dia perlu untuk menyerah kalah
Kesimpulannya,
tugas menterjemah bukanlah tugas yang mudah. Hal ini disebabkan oleh,
penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan
sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik. Semua syarat-syarat ini
tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah. Walaupun begitu, semua ini boleh
dicapai sekiranya penterjemah rajin berusaha, rajin belajar & sentiasa
membuat latihan.
No comments:
Post a Comment