Sunday, June 9, 2019

KISAH PELACUR DIMASUKKAN KE SYURGA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? Saya harap kalian sihat belaka. .Aamiin in shaa Allah.
Ha ok.. Pagi ni, saya nk share pasal kisah pelacur yg dimasukkan ke dalam syurga atas kebaikannya terhadap seekor anjing.

Saya rasa kisah ni famous tp takpelah ,saya cerita balik..

Pelacur Yang Masuk Ke Syurga Kerana Seekor Anjing

Dalam sebuah riwayat dari al-Bukhari dan Muslim disebutkan:

“Ketika ada seekor anjing yang hampir saja mati kerana kehausan berputar-putar mengitari sumur, tiba-tiba ada seorang pelacur dari bani Israel yang melihat anjing tersebut, lalu dia melakukan sepatutnya dan mengambilkan air untuk anjing itu, kemudian ia memberinya minum sehingga ia diampuni kerana perbuatannya itu.”Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Kisah ini mengajarkan kita bahawa ikhlas itu mampu membawa seorang wanita yang dipandang hina ke syurga.

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang perempuan muda yang bekerja sebagai pelayan ataupun pelacur. Wajahnya sugul dan keletihan tua berbanding usianya.

Suatu hari dia berjalan berseorangan mencari sesiapa yang ingin menawarkan diri. Namun sudah jauh dia berjalan sehingga keletihan bercampur lapar dan dahaga, belum ada sesiapa yang menyapanya.

Wanita itu tidak memiliki apa pun di dunia ini termasuklah ahli keluarganya. Bahkan jiran serta penduduk setempat juga menjauhinya kerana pekerjaan yang dilakukannya. Apabila bertembung pun mereka melarikan diri dan mengejeknya dengan menyatakan dia seorang wanita jijik dan keji.

Namun wanita itu tetap menerima semua tohmahan itu dengan tabah. Segala ejekan yang dilemparkan diabaikan dan meneruskan hidup seperti sediakala.

Walaupun rupa parasnya tidak secantik dahulu. Dia tetap berusaha menawarkan dirinya kepada sesiapa yang menginginkannya dan memperoleh upah yang sedikit dan hanya cukupnya untuknya membeli makanan pada hari itu.

Dalam perjalanan yang panas terik dan sunyi itu, tidak ada sesiapa pun yang mendekatinya. Dia juga semakin lapar dan haus bahkan keletihan yang amat sangat.

Sehinggalah dia tiba di sebuah kampung yang sunyi. Kampung itu dilanda kemarau yang teruk sehinggakan tidak ada sehelai rumput pun yang mampu tumbuh di situ. Debu-debu yang berterbangan menandakan kampung itu sudah lama gersang dan kontang.

Tiba-tiba wanita itu terpandang ke arah sebuah telaga masih tersisa sedikit air. Dia sangat gembira. Dengan bersusah payah serta pandangan yang sangat kabur kerana dahaga dan keletihan, wanita itu cuba menceduk air dalam telaga itu menggunakan sebelah kasutnya. Namun dia hanya berjaya mendapat sedikit air dalam kasutnya yang sudah lusuh.

Sebaik saja mahu meminum air itu, bahagian belakang bajunya ditarik-tarik. Lalu dilihatnya seekor anjing dengan lidahnya yang terjelir. Anjing itu seolah-olah meminta air darinya kerana sangat dahaga. Wanita itu berasa amat kasihan melihat anjing itu.

Lalu dia pun memberikan air tersebut kepada anjing itu dengan penuh belas ksihan, sedangkan dirinya sendiri sangat kehausan dan kering. Sebaik saja anjing tersebut selesai meminum air itu, wanita itu pun jatuh terkulai lalu meninggal dunia.

Lalu turunlah malaikat dan memberikan pendapat masing-maisng mengenai kedudukan wanita itu. Sama ada dimasukkan ke dalam neraka atau syurga.

Lalu Allah s.w.t menyatakan bahawa wanita tersebut layak dimasukkan ke dalam syurga kerana ikhlas melepaskan nyawanya untuk meyelematkan nyawa anjing yang kehausan itu.

“Wanita itu telah menebus dosa-dosanya dengan mengorbankan nyawanya demi makhluk yang lain.”

Maka bergemalah suara takbir dari para malaikat sambil memberi hormat kepada wanita itu.

Kisah ini sebenarnya bukanlah untuk meringankan perbuatan maksiat yang dilakukan oleh manusia dan akhirnya mendapat balasan syurga dari Allah dengan begitu mudah.

Bukan begitu. Cerita yang terpencil ini meneladani kita bahawa ikhlas itu sangat susah sehingga tidak semua manusia mengecapinya.

Sekiranya kita memperlakukan kepada binatang dengan perbuatan baik dan seperti memberi makanan dan minuman atau apa-apa tindakan yang baik maka balasan yang didapati juga baik, asalkan perbuatan tersebut ikhlas dan bersungguh.

Sekian..

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA