Tuesday, June 11, 2019

CIRI-CIRI TERJEMAHAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



 Saya rasa saya nak kongsikan tentang  Jenis dan Kaedah Terjemahan la. Jadi dekat sini  lah saya share.. boleh ingat sama2 kan?  Ok jom kita teroka..

 Jenis terjemahan secara umumnya ada dua. Ada dua ja antum semua, tak lebih tak kurang iaitu :

a) TERJEMAHAN SECARA LISAN

b) TERJEMAHAN SECARA TULISAN

Setiap jenis terjemahan ni ada pulak dia punya ciri-ciri terjemahan dia. Saya teruskan dengan ciri-ciri bagi terjemahan lisan dulu lah.

Untuk pengetahuan semua, antara ciri-ciri terjemahan secara lisan ialah :

·         Dilakukan secara lisan
·         Dilakukan secara langsung, tepat dan cepat
·         Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaik kesilapan semasa menterjemah
·         Mampu berkomunikasi atau berbicara dengan lancar, fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran
·         Berpengetahuan luas
·         Mampu mentafsir apa sahaja yang dilontarkan

Kemudian untuk ciri-ciri terjemahan secara tulisan pula ialah :

ü  Dilakukan secara bertulis
ü  Mempunyai peluang/kesempatan untuk membaiki kesilapan yang dilakukan
ü  Kefasihan dalam berbicara tidak menjadi syarat mutlak untuk menterjemah
ü  Penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi halangan untuk menterjemah
 Sekian sudah…harap kamu semua fahamlah atas apa yang saya terangkan
Bukan senang nak jadi penterjemah ni. Banyak benda banyak aspek yang kita kena mahir kena kuasai, dan kena ingat  terutamanya untuk terjemahan lisanlah. Jadi, jika diantara kamu yang nak jadi penterjemah, berusahalah untuk jadi penterjemah yang terbaik dan c
Lengkapkan diri dengan ciri2 yang kena ada dekat dalam diri seorang penterjemah..Allahu A’lam..

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA