Tuesday, June 11, 2019

Hukum Menterjemah al-Qur'an


NAMA : AHMAD RAZIN BIN ISHAK
NO. MATRIK : A168120

HUKUM MENTERJEMAH AL-QUR’AN
Ø  Berlaku khilaf dalam kalangan ulama’ Islam bagi hukum menterjemah al-Qur’an.
Ø  Ada yang mengharuskan dan ada juga yang mengharamkan
Khilaf berlaku berdasarkan :
I.                   Memelihara al-Qur’an daripada sebarang perubahan & penyelewengan merupakan kewajipan seluruh umat Islam, terutamanya para ulama’.
II.                Menyampai & menyebarkan ajaran al-Qur’an dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh semua bangsa yang ada di dunia ini juga merupakan kewajipan yang tidak boleh diabaikan.


HARUS MENTERJEMAH AL-QUR’AN
Ø  Antara ulama’ yang mengharuskan hukum menterjemah al-Qur’an ialah al-Zarqani, al-Shatibi dan al-Zamakhshari.
Ø  Dalil dan hujah mereka ialah :
-          Al-Qur’an merupakan sumber rujukan
-          Perlu diterjemahkan agar boleh difahami oleh bangsa lain.
-          Dengan adanya terjemahan dan tafsiran al-Qur’an, akidah umat Islam boleh dijaga dan diselamatkan.


 HARAM MENTERJEMAH AL-QUR’AN
Ø  Antara ulama’ yang mengharamkan terjemahan al-Qur’an ialah Manna’ Qattan dan Rashid Rida.
Ø  Hujah mereka ialah :
-          Al-Qur’an tidak boleh dibaca dalam bahasa lain melainkan bahasa Arab.
-          Al-Qur’an dan susunannya adalah mu’jiz. Jadi, sudah tentu ia tidak boleh diterjemahkan ke bahasa lain.
-          Terjemahan secara harfiah boleh menyebabkan kekeliruan kepada umat Islam kerana ditakuti mereka akan menganggap terjemahan itu adalah al-Qur’an.
Ø  Rasulullah S.A.W. dan para sahabat ketika menyeru bangsa lain agar menganut Islam tidak pernah menterjemahkan al-Qur’an.
Ø  Konflik muncul daripada perkataan terjemahan itu sendiri.
-          Adakah ia terjemahan harfiyyah atau terjemahan tafsiriyyah.



No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA