Sunday, May 12, 2019

Sahur 💤

PERKONGSIAN RAMADAN ~ SAHUR 🙄


Apa kata nabi s.a.w tentang SAHUR ❓


"Bersahurlah kalian kerana dalam sahur ada keberkatan." (HR Bukhari)

"yang membezakan kita dengan puasa Ahli Kitab ialah sahur." (HR Muslim)

Lepas² ni, kalau korang yg selalu on/off atau rasa malas nak sahur, harap lepas dengar hadis ni bolehlah bersahur ye🤩 sebagai elemen penting dalam puasa dan ia juga merupakan sunnah yg besar..

Apakah KEY-POINT dalam sahur❓

Iaitu dengan melewat²kan sahur. Para sahabat pernah berkata ketika bersahur dengan nabi,
Kata Anas bin Malik, "waktu Nabi anggaran seseorang yg membaca 50 ayat (al-Quran) hingga masuk waktu subuh." (HR. Bukhari)

Apakah MAKANAN terbaik ketika sahur❓

نعم سحور المؤمن التمر
"Sebaik-baik makanan ketika seorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering)".

Jadi, kalau tak boleh nak makan nasi time sahur tu, bolehlah untuk ambil 3 biji kurma at least untuk apa❓ untuk ambil keberkatan sahur dalam bulan ramadan ni😆

Mudah-mudahan dgn panduan ini dapat membantu kita menyempurnakan amalan pahala utk puasa Ramadan ini dan yg akan datang, InsyaaAllah💚

Assalamualaikum.. Jumpa lagi 👋😉

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA