Sunday, May 5, 2019

Ramadan Kareem 🌷

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته يا اخوتي واخواتي

Wahh.. Apa khabar semua teman2? Hari ini korang semua puasa kan?? InsyaaAllah biiznillah..😄.  Di hari pertama puasa ini, apa yang korang dapat rasakan? Adakah rasa lapar? Adakah dahaga? Ataupun rasa nak tambah pahala dalam ibadah?😅.. Macam2 kan perangai tiap2 seorang.. Hmm.. 


Moga dihari pertama ini dapatlah kita sebagai ummat Islam berpuasa dengan penuh kesabaran.. Bukan sabar dalam lapar dan dahaga je tau?? Tapi sabar dalam segala perkara misalnya nafsulah yang amat2 kita takut kan..🎃



Ok, hari ini saya akan kongsikan apa itu PUASA RAMADAN?

Pengertian PUASA RAMADHAN menurut syariat Islam ialah satu amalan ibadah yg dilakukan dengan menahan diri daripada segala sesuatu seperti makan, minum, perilaku buruk mahupun perkara yg membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari yg disertai dgn niat kerana Allah.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

"Hai orang2 yg beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertakwa".

Jadi, Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa melaksanakan puasa ramadhan adalah wajib hukumnya dimana hal tersebut adalah bentuk tanggungjawab manusia kepada penciptanya secara langsung serta kegiatan yang menyangkut hablum minallah...

Puasa yee kawan2.. Moga jumpa lagi.. Byeeeeeeee..



No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA