Assalamualaikum semua..
كيف حالكم؟
semoga kamu semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..
harini saya akan share tentang keresahan atau stress.
keresahan ni merupakan satu emosi yang sering manusia terutama sekali pelajar.
Sebab apa? siapa tahu? sebab pelajar ni selalu dapat tugasan daripada guru ataupun pensyarah ..kan?
ok ...saya teruskan dengan KERESAHAN ni....
KERESAHAN
Allah SWT telah menegaskan dalam firman-Nya bahawa manusia tercipta dengan pelbagai emosi termasuk penuh keluh kesah.
Keluh kesah yang dihadapi setiap individu juga berbeza2 antara satu sama lain.
Mungkin keluh kesahnya seorang pelajar sekolah atau pelajar universiti ialah ketika ia harus mengerjakan homework atau assignment yang harus dikumpulkan esok hari..kan?
Mungkin keluh kesahnya seorang hamba tatkala mencari pekerjaan, seorang itu namun tak kunjung mendapatkan pekerjaan yang layak.
Mungkin keluh kesahnya seorang yang telah memiliki pekerjaan ialah ketika umur terus berlanjut namun tidak juga mendaptakan jodoh yang didambakan.
Mungkin keluh kesahnya seorang yang telah menikah ialah menantikan kelahiran buah hati, terlebih saat melihat tinggalan usia pernikahan lebih dari lima tahun namun belum juga dikurniakan anak
Mungkin keluh kesahnya seorang yang telah memiliki anak ialah saat harus mendidik dan membesarkan anak memerlukan biaya tak sedikit
Mungkin keluh kesahnya seorang yang sudah lanjut usia ialah disaat anggota tubuh dan daya ingat yang sudah tidak bekerja maksimal sehingga segala memerlukan bantuan orang lain,
Demikianlah keadaan manusia saat hidup didunia yang selalu diliputi keluh kesah, namun ketahuilah bahawa keluh kesah didunia ada ubat penawarnya, lain cerita jika keluh kesahnya di akhirat yang ada hanyalah keresahan yang terus bertambah keresahan.
Salah satu ubat penawar yang mampu menghilangkan keresahan ialah dengan berzikir.
Sebagaimana Allah SWT berfirman:
“Ingatlah hanya dengan berzikir menyebutkan nama Allah SWT hati menjadi tentram”
Zikir pun banyak ragam dan macamnya, intinya zikir ialah mengingat Allah SWT.
Guru Mulia Al Habib Umar bin Hafidz berpesan untuk memperbanyak zikir. Salah satu zikir yang dianjurkan oleh beliau ialah.
1. Membaca “La ilaha illallah” sebanyak 70 ribu kali untuk merubah nafsu ammaroh (Jahat) menjadi lawwamah (Penyesalan)
2. Membaca “Allah” sebanyak 60 ribu kali untuk merubah lawwamah menjadi muthmainnah (Tenang)
3. Membaca “Huwa” sebanyak 50 ribu kali untuk merubah muthmainnah menjadi mulhamah(Terilham)
4. Membaca “Ya Haqqu” sebanyak 40 ribu kali untuk merubah mulhamah menjadi Rodhiyah (Ridho)
5. Membaca “Ya Hayyu” sebanyak 30 ribu kali untuk merubah radhiyah menjadi Mardhiyyah (Diridhoi)
6. Membaca “Ya Qoyyum” sebanyak 20 ribu kali untuk merubah Mardhiyyah menjadi Kaamilah (Sempurna)
7. Membaca “Ya Qohhar” sebanyak 10 ribu kali untuk merubah Kaamilah menjadi maqamul fana (Ketiadaan hanya) bersama Allah
Di setiap tingkatan diselesaikan dalam tempo tiga hari.
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan taufiq kepada kita semua untuk melaksanakan ketaatan.
Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. In Shaa Allah.
Monday, May 27, 2019
LAILATUL AL-QARD
148 of 365 🗓 SELASA 💕 23 RAMADHAN 1440H 28 Mei 2019
Bismillahir Rahmanir Rahiim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈
Hari ke-22 Ramadhan
Malam nanti malam ke-23 Ramadhan.
Sayangnya, kita lebih fokus melihat tanda-tanda Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.
Sedangkan tanda Al Qadar itu ada pada diri sendiri.
Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?
Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.
Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.
Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.
Masing-masing ada tugasnya. Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.
Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.
Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.
Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.
Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati.
Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.
Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.
Firman Allah:
“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)
Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.
•══◎◎♡◎◎══•
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋
Sunday, May 12, 2019
Sahur 💤
PERKONGSIAN RAMADAN ~ SAHUR 🙄
Apa kata nabi s.a.w tentang SAHUR ❓
"Bersahurlah kalian kerana dalam sahur ada keberkatan." (HR Bukhari)
"yang membezakan kita dengan puasa Ahli Kitab ialah sahur." (HR Muslim)
Apakah KEY-POINT dalam sahur❓
Iaitu dengan melewat²kan sahur. Para sahabat pernah berkata ketika bersahur dengan nabi,
Kata Anas bin Malik, "waktu Nabi anggaran seseorang yg membaca 50 ayat (al-Quran) hingga masuk waktu subuh." (HR. Bukhari)
Apakah MAKANAN terbaik ketika sahur❓
نعم سحور المؤمن التمر
"Sebaik-baik makanan ketika seorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering)".
Mudah-mudahan dgn panduan ini dapat membantu kita menyempurnakan amalan pahala utk puasa Ramadan ini dan yg akan datang, InsyaaAllah💚
Assalamualaikum.. Jumpa lagi 👋😉
Sunday, May 5, 2019
Ramadan Kareem 🌷
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته يا اخوتي واخواتي
Wahh.. Apa khabar semua teman2? Hari ini korang semua puasa kan?? InsyaaAllah biiznillah..😄. Di hari pertama puasa ini, apa yang korang dapat rasakan? Adakah rasa lapar? Adakah dahaga? Ataupun rasa nak tambah pahala dalam ibadah?😅.. Macam2 kan perangai tiap2 seorang.. Hmm..
Moga dihari pertama ini dapatlah kita sebagai ummat Islam berpuasa dengan penuh kesabaran.. Bukan sabar dalam lapar dan dahaga je tau?? Tapi sabar dalam segala perkara misalnya nafsulah yang amat2 kita takut kan..🎃
Ok, hari ini saya akan kongsikan apa itu PUASA RAMADAN?
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
Jadi, Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa melaksanakan puasa ramadhan adalah wajib hukumnya dimana hal tersebut adalah bentuk tanggungjawab manusia kepada penciptanya secara langsung serta kegiatan yang menyangkut hablum minallah...
Pengertian PUASA RAMADHAN menurut syariat Islam ialah satu amalan ibadah yg dilakukan dengan menahan diri daripada segala sesuatu seperti makan, minum, perilaku buruk mahupun perkara yg membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari yg disertai dgn niat kerana Allah.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
"Hai orang2 yg beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Jadi, Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa melaksanakan puasa ramadhan adalah wajib hukumnya dimana hal tersebut adalah bentuk tanggungjawab manusia kepada penciptanya secara langsung serta kegiatan yang menyangkut hablum minallah...
Puasa yee kawan2.. Moga jumpa lagi.. Byeeeeeeee..
Wednesday, May 1, 2019
Dinner NAHDAH 🍽
Assalamualaikum guys,, apa khabar semua?? Moga sihat selalu..Ok, harini nak share sikit gambar time dinner NAHDAH haritu..
Moga ukhuwah kita sentiasa berkekalan till Jannah.. Ameen.. Belajarkan tak mengenal usia. Moga Allah memberkati kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)
BICARA MINDA
ALAT BANTU TERJEMAH
selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...
BICARA MINDA
-
Peranan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dalam mengembangkan disiplin terjemahan. Institut Terjemahan & Buku Malaysia...