Monday, April 29, 2019

TOKOH SARJANA TERJEMAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

bertemu kembali semua.. Alhamdulillah, syukur kehadratNya atas nikmat diberi pada hari ini..
OK, hari ini saya ingin mengongsikan salah seorang tokoh sarjana terjemahan yang jarang sekali kita ketahui..

Jom ....




Nama                          : Eugene A. Nida
Tarikh Lahir               : 11 November 1914
Tempat Lahir             : Oklahama City, Oklahama
Isteri-isteri                   : Althea Sprague (1943-1993) & Dr. Elena Fernandez (1997-2011)
Tarikh kematian         : 25 Ogos 2011 (berumur 96), Madrid, Spain

Pendidikan dan Pencapaian :
1936: Menamatkan pengajian dari University Of California dengan pencapaian ‘Summa cum laude  iaitu tahap akademik yang cemerlang dengan diberi penghormatan tertinggi diiktiraf di Amerika Syarikat selepas ‘magna cum laude’ dan ‘cum laude’. Selepas tamat pengajian, Nida menghadiri Camp Wycliffe iaitu tempat untuk mempelajari teori penterjemahan kitab Bible.
1937-1939 : Menjalankan kajian di University of Southern California, di mana beliau mendapat Ijazah  Sarjana dalam kursus New Testament Greek pada tahun 1939. Kemudian, beliau dilantik menjadi  paderi di Gereja Calvary Santana, California.
1943: Menerima Ph.D dalam jurusan Linguistik dari Universiti Michigan. Beliau telah dilantik menjadi ‘menteri baptis’.

KarierPada tahun 1943, Nida  memulakan kerjayanya sebagai ahli bahasa bagi persatuan American Bible Society (ABS). Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif Terjemahan sehinggalah bersara pada tahun 1980. Teori Nida bermula apabila beliau diarahkan untuk mengikuti misi ke Afrika dan Amerika Latin untuk menjadi ahli penterjemah kitab Bible. Bermula dari itu beliau menyedari akan kepentingan terjemahan seterusnya mengajarkan kepada para penterjemah yang lain untuk menterjemah dengan cara yang betul, memberi latihan dan pengorganisasian. Beliau merantau ke pelbagai daerah untuk meluaskan kegiatannya dalam mendidik para penterjemah menjadi yang terbaik sehingga terbentuk struktur organisasi yang akhirnya bersifat mendunia melalui United Bible Societies Translation Program.

Teori : Nida merupakan perintis kepada teori penterjemahan dan linguistik. Beliau menukilkan teori tersebut melalui penulisan karyanya seperti The Theory and Practice of Translation, Language Structure and Translation: Essays, Morphology: The Descriptive Analysis of Words dan sebagainya. Nida telah mengklasifikasikan 6 aspek penting dalam penterjemahan.
1) Penyalinan semula maklumat
2) Persamaan bukan keserupaan
3) Persamaan yang bersahaja
4) Persamaan terdekat
5) Keutamaan makna
6) Kepentingan gaya




Setakat itu sahaja perkongsian kali ini.. Moga kalian dapat mengambil input serta bersemangat untuk mempelajari dalam ilmu bahasa.. 
OK, nanti saya share tokoh lain pula yaa.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA