Tuesday, April 30, 2019

BONDAMU BONDAKU ๐Ÿ’•


ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

InsyaaAllah,hari ini kami nak memperkenalkan seseorang tauu, hmm.. Siapa agak-agaknya eaa??๐Ÿ˜Ž
Haaa... Beliau adalah bonda kami semua.. Nama beliau ialah Dr. Maheram binti Ahmad๐ŸŒน nak bagitahu sikit ni๐Ÿ˜†,, awal-awal bonda masuk kelas haritu lain macam tengok sebab garang mukanya.. Habis semua student senyap,, tapi bila dah berbicara, gelak-gelak pun ada kami ni๐Ÿคฃ.. Memang dh style bonda macam tu,,nk buat macam mana dah.. Hihi..
Pesan beliau, kalau jumpa tepi-tepi jalan tu,minta maaf awal-awal sebab saya memang akan buat muka garang bila tak pakai spec๐Ÿ˜‚.. Itulh sedikit membawangnya..haha..๐Ÿ˜„

OK, pesan beliau lagi kepada kami adalah agar mengamalkan adab² dalam menuntut ilmu.. Kalau kita belajar main² macam mana nak berkat kann?? So, gunalah masa muda ini untuk mencari sebanyak mungkin ilmu² yang bermanfaat agar menjadi orang yang berguna di hari esok..

Pesanan Imam Al-Ghazali dalam meraih ilmu ☘️

Assalamualaikumwarahmatullah.. ๐Ÿ˜

ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡.. Bertemu kembali kita dalam perkongsian ilmu seterusnya. InsyaaAllah, kali ini saya ingin berkongsikan 5 pesanan @ nasihat imam Ghazali dalam meraih ilmu..

Jom teman-teman ๐Ÿ‘



Sebagaimana kita tahu kawan-kawan, adab dalam ilmu ini begitu sukar untuk penuntut2 ilmu sekarang beramal akannya berbanding para penuntut ilmu terdahulu.. 

Nak salahkan siapa dalam hal ini???
ADAKAH salah diri sendiri? ATAUPUN salah parents mereka?? ATAU siapa2 sahaja??

AYUH KITA MUHASABAH DIRI..

Dengan demikian, saya berharap kita wajarlah mengamalkan budaya atau adab dalam menuntut ilmu yang telah digariskan agar ia dapat menyemai rasa cinta akan ilmu di dalam diri kita khususnya mahasiswa dan mahasiswi sendiri.. Dengan kita beramal akan adab-adab tersebut, insyaaAllah kita akan menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat..
Serta moga Dr Mahiram selaku pensyarah kami sentiasa diberkati umur dan dimurahkan rezeki.. Aminn๐Ÿค—

Saya sudahi dengan kata-kata nasihat ....



Monday, April 29, 2019

TOKOH SARJANA TERJEMAHAN

ASSALAMUALAIKUM...

bertemu kembali semua.. Alhamdulillah, syukur kehadratNya atas nikmat diberi pada hari ini..
OK, hari ini saya ingin mengongsikan salah seorang tokoh sarjana terjemahan yang jarang sekali kita ketahui..

Jom ....




Nama                          : Eugene A. Nida
Tarikh Lahir               : 11 November 1914
Tempat Lahir             : Oklahama City, Oklahama
Isteri-isteri                   : Althea Sprague (1943-1993) & Dr. Elena Fernandez (1997-2011)
Tarikh kematian         : 25 Ogos 2011 (berumur 96), Madrid, Spain

Pendidikan dan Pencapaian :
1936: Menamatkan pengajian dari University Of California dengan pencapaian ‘Summa cum laude  iaitu tahap akademik yang cemerlang dengan diberi penghormatan tertinggi diiktiraf di Amerika Syarikat selepas ‘magna cum laude’ dan ‘cum laude’. Selepas tamat pengajian, Nida menghadiri Camp Wycliffe iaitu tempat untuk mempelajari teori penterjemahan kitab Bible.
1937-1939 : Menjalankan kajian di University of Southern California, di mana beliau mendapat Ijazah  Sarjana dalam kursus New Testament Greek pada tahun 1939. Kemudian, beliau dilantik menjadi  paderi di Gereja Calvary Santana, California.
1943: Menerima Ph.D dalam jurusan Linguistik dari Universiti Michigan. Beliau telah dilantik menjadi ‘menteri baptis’.

KarierPada tahun 1943, Nida  memulakan kerjayanya sebagai ahli bahasa bagi persatuan American Bible Society (ABS). Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif Terjemahan sehinggalah bersara pada tahun 1980. Teori Nida bermula apabila beliau diarahkan untuk mengikuti misi ke Afrika dan Amerika Latin untuk menjadi ahli penterjemah kitab Bible. Bermula dari itu beliau menyedari akan kepentingan terjemahan seterusnya mengajarkan kepada para penterjemah yang lain untuk menterjemah dengan cara yang betul, memberi latihan dan pengorganisasian. Beliau merantau ke pelbagai daerah untuk meluaskan kegiatannya dalam mendidik para penterjemah menjadi yang terbaik sehingga terbentuk struktur organisasi yang akhirnya bersifat mendunia melalui United Bible Societies Translation Program.

Teori : Nida merupakan perintis kepada teori penterjemahan dan linguistik. Beliau menukilkan teori tersebut melalui penulisan karyanya seperti The Theory and Practice of Translation, Language Structure and Translation: Essays, Morphology: The Descriptive Analysis of Words dan sebagainya. Nida telah mengklasifikasikan 6 aspek penting dalam penterjemahan.
1) Penyalinan semula maklumat
2) Persamaan bukan keserupaan
3) Persamaan yang bersahaja
4) Persamaan terdekat
5) Keutamaan makna
6) Kepentingan gaya




Setakat itu sahaja perkongsian kali ini.. Moga kalian dapat mengambil input serta bersemangat untuk mempelajari dalam ilmu bahasa.. 
OK, nanti saya share tokoh lain pula yaa.. Assalamualaikum..

Tuesday, April 16, 2019

OBJEKTIF PENUBUHAN BLOG

Assalamualaikum warahamatullah...


buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan...



Objektif blog ini ditubuhkan adalah :

  • memenuhi keperluan kursus PPPJ 1213 Terjemahan Melayu-Arab-Melayu I
  • mempelari dan berkongsi ilmu apa yang dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran ini
  • mengkaji perbezaan bahasa asing dengan bahasa ibunda kita
  • mendedahkan dan menunjukkan bahawa Bahasa Arab merupakan bahasa yang menarik untuk dipelajari oleh semua orang
  • mengetahui akan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam menterjemah 
Diharapkan objektif blog ini ditubuhkan dapat memberi manfaat kepada kami dan semua yang membacanya.. Aminnn..

Monday, April 15, 2019

JEJAKA JEJAKA ARABIANS

Assalamualaikum semua. Berhabuk dh ni blogger..maklumlah๐Ÿ˜…..
Ok, today saya akan perkenalkan ahli-ahli blogger nii.. Mesti nk tahu jugak kan?๐Ÿ˜†.. Apa tu org kata, tak kenal maka tak cinta.. Hihi.. Ok, let's go..


Muhammad Azizi bin Kamaruddin
A169120
Berasal dari Kuala Berang, Terengganu
Lepasan STPM dari SMKA Durian Guling
Sekarang belajar di UKM,Bangi


Ahmad Razin bin Ishak
A168120
Berasal dari Johor Bharu
Lepasan STAM dari Maahad Pontian
Sekarang belajar di UKM,Bangi


Luqman Hakim Bin Mohd Zulkifli
A168133
Berasal dari Tanah Merah,Kelantan
Lepasan STAM dari KTSNA
Sekarang belajar di UKM,Bangi


Nik Muhammad Hidayat Bin Nik Samsuri
A170139
Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Lepasan STPM dari SMKA Sheikh Haji Mohd Said
Sekarang belajar di UKM,Bangi

Kami semua nii dari JABATAN PENGAJIAN ARAB & TAMADUN ISLAM @ PUSAT TIMUR TENGAH DAN NUSANTARA (PuTERA).

Harap korang semua rilek2 n enjoylh yee dgn blog ni.. Ada masa jumpa lagi.. BYE๐Ÿ‘‹๐Ÿ˜‚

BICARA MINDA

ALAT BANTU TERJEMAH

selamat malam n Assalamualaikum dan salam sejahtera.... welcome back to all my readers... Terima kasih kerana masih setia membaca blog saya ...

BICARA MINDA